28032020_RamadanMubarak_FBCover_Nurul-02

Wishing You and Your Family Peace
and Harmony during the Holy Month
of Ramadan

KEKAL BERTENAGA DI BULAN YANG MULIA

Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan satu ibadah yang ditunaikan oleh semua umat islam pada setiap tahun. Bulan Ramadan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi dunia kesihatan kerana ia mampu memperbaiki dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Pada tahun ini Bulan Ramadan dijangka akan tiba pada 24 April 2020.

Adakah puasa bagus untuk kesihatan?

Image by Online Marketing

Amalan berpuasa bukan sahaja untuk kesihatan rohani malah juga untuk jasmani. Namun begitu, jika amalan berpuasa tidak dilaksanakan dengan cara yang betul, kita mungkin akan menghadapi masalah kesihatan. Pada bulan Ramadan, ramai orang berasa letih, lesu dan tidak bermaya khususnya pada lewat petang. Hal ini pastinya akan berlaku kepada mereka yang bekerja di bawah matahari atau kerja yang memerlukan aktiviti berat. Adalah amat pelik jika isu keletihan ini berlaku kepada mereka yang bekerja seharian di pejabat berhawa dingin. Sering terjadi jika kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat ketika sahur dan berbuka puasa.

Apakah yang akan terjadi pada badan kita semasa berpuasa?

Image by Kira auf der Heide

Semasa berpuasa, kita tiada sumber tenaga daripada makanan seharian. Selepas menggunakan kesemua tenaga daripada makanan ketika sahur, badan kita akan beralih kepada sumber tenaga yang tersimpan di dalam hati dan juga otot badan. Bergantung pada cuaca dan tempoh berpuasa, kebanyakan orang ketika berpuasa akan mengalami kekurangan air (dehidrsasi), yang akan menyebabkan sakit kepala, kepenatan dan kesukaran untuk fokus. Namun begitu, kajian menunjukkan hal ini tidak membahayakan kesihatan, asalkan kita minum air dengan cukup semasa berbuka puasa bagi menggantikan air yang hilang setelah seharian berpuasa.

 

Ada yang beranggapan bahawa kita perlu makan dengan lebih banyak pada waktu sahur dan berbuka supaya badan kita tidak mudah lapar, letih dan lesu. Namun begitu pengambilan makanan yang banyak dan berlemak tinggi bukan sahaja meningkatkan berat badan, malah juga menjejaskan kesihatan.

Apa yang paling penting ialah kualiti makanan. Biarpun dalam jumlah yang kecil, makanan yang mengandungi nutrien yang cukup dan seimbang semasa sahur dan berbuka puasa dapat memberikan badan yang lebih bertenaga.

 

Bagi mereka yang biasanya minum air berkafein seperti kopi dan teh semasa siang hari, kekurangan kafein pada mulannya akan menyebabkan sakit kepala dan kepenatan. Situasi ni akan berkurangan sepanjang bulan puasa setelah badan menyesuaikan diri tanpa kafein semasa siang hari.

Kepentingan pemakanan yang sihat ketika sahur dan berbuka puasa

Sahur membekalkan tenaga dan air yang mencukupi untuk kita berpuasa dengan sihat. Kita perlu minum air yang secukupnya, makan makanan yang tinggi kandungan air seperti buah, sayur, yogurt dan sup. Kita perlu memakan makanan yang tinggi zat dan serat supaya kita tidak mudah rasa lapar.

 

Waktu berbuka puasa merupakan waktu yang paling dinantikan oleh setiap ahli keluarga, namun begitu kita haruslah ingat bahawa makan secara berlebihan sangat tidak bagus untuk kesihatan. Makanan yang bergoreng, beminyak, tinggi garam dan gula akan menyebabkan peningkatan berat badan semasa bulan Ramadan. Selain itu, bulan puasa juga bagus untuk meningkatkan kesihatan secara menyeluruh jika dengan cara yang betul.

121287156_m.jpg

Semasa berbuka puasa, kita dapat mengembalikan tenaga daripada apa yang kita makan dan minum. Minum air secukupnya dan makan makanan yang tinggi kandungan air seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sup sangat penting bagi menggantikan semula air yang hilang setelah seharian berpuasa dan juga untuk memastikan air dalam badan cukup untuk hari yang seterusnya. Garam juga boleh menyebabkan dahaga, oleh itu perlu kurangkan makanan yang terlalu masin.

 

Perubahan tabiat pemakanan dan kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit bagi sesetengah orang. Makanan yang berlemak kebiasaanya kurang serat dan air, justeru boleh melambatkan proses penghadaman. Hal ini akan menyebabkan kita kurang bertenaga dan cepat penat kerana makanan lambat dihadam.

 

Pengambilan suplemen di bulan puasa boleh membantu badan kita mendapatkan nutrien yang mencukupi. Di Wellness Concept kami ada BARLEYGREEN® dan Flax-1000® untuk bulan Ramadhan agar kita lebih sihat dan bertenaga.

KHASIAT BARLEYGREEN PADA BULAN RAMADHAN

BARLEYGREEN® dari Wellness Concept adalah pilihan makanan yang terbaik untuk ketika sahur dan berbuka puasa

logo-10.png

1

Makanan yang mengandungi sumber nutrien yang lengkap

Semasa berpuasa, kita akan kehilangan pelbagai nutrien penting seperti vitamin A, C, E, B kompleks, kalsium dan zat besi. Barleygreen mengandungi kesemua nutrient agar badan kita kekal sihat dan bertenaga.

logo-07.png

Kesemua nutrien yang terdapat di dalam BARLEYGREEN

2

Membekalkan tenaga semasa puasa dan juga semasa melakukan ibadah terawih dengan cepat

Makanan yang manis, berminyak dan bergoreng boleh menyebabkan kita mudah berasa letih dan tidak bertenaga ketika melakukan ibadah terawih.

 

BARLEYGREEN adalah serbuk daun barli yang pekat dan telah diproses daripada 20 kg sehingga 1 kg. Proses unik ini menghasilkan serbuk pekat daun barli, yang membolehkan sel-sel badan kita menyerap kesemua nutrien dalam tempoh 2 hingga 3 jam selepas minum.

Afternoon Prayer

Dengan minum segelas BARLEYGREEN semasa berbuka puasa, kita dapat mengembalikan tenaga dengan cepat agar senang dan fokus pada solat dan bertenaga!

Cara Pemprosesan yang Unik

BG processing method-02.png

3

BARLEYGREEN® sangat senang dan mudah untuk dimakan, ia seperti SAYUR DALAM GELAS

Anda hanya perlu campur 1 sudu besar BARLEYGREEN ke dalam satu gelas air yang sejuk atau suam.

 

Minum segelas ketika sahur dan segelas ketika berbuka puasa.

 

Satu botol BARLEYGREEN tahan selama sebulan, ideal untuk kita untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang bulan puasa.

RESEPI BARLEYGREEN untuk sahur dan iftar

1. BARLEYGREEN MADU

01042020_BG drink recipe_red-01.png
  • 1 sudu besar serbuk BARLEYGREEN®

  • 1 sudu besar madu

  • 150ml air suam atau sejuk (tambah ais untuk lebih segar)

2. BARLEYGREEN + AIR KELAPA

  • 1 sudu besar serbuk BARLEYGREEN®

  • 150ml air kelapa segar (tambah ais untuk lebih segar)

TESTIMONY BARLEYGREEN

KHALIL B. MOHAMAD.png

KHALIL B. MOHAMAD

Sebelum mengambil BARLEYGREEN®, saya mudah berasa letih dan berat badan saya semakin meningkat.

 

Saya ingin berterima kasih kepada BARLEYGREEN® kerana membuatkan saya lebih bersemangat dan cergas setelah mengamalkannya lebih dari setahun.

 

Saya suka dan berpuas hati dengan BARLEYGREEN® dan mempercayai produk ini amat sesuai untuk saya sekeluarga. Saya akan berkongsi produk yang hebat ini kepada kawan-kawan dan orang lain agar lebih ramai mendapat kesihatan yang lebih baik.

NURHAWA.png

NURHAWA

Selepas mengambil BARLEYGREEN®, badan saya berasa ringan dan tidak mudah letih. Oleh itu, saya mula berkongsi BARLEYGREEN® dengan adik saya yang masih bersekolah. Sejak itu, adik saya tidak lagi berasa letih semasa belajar terutamanya pada waktu malam.

 

Saya akan terus berkongsi BARLEYGREEN® dengan lebih ramai orang!

MANFAAT FLAXSEED OIL PADA BULAN RAMADAN

FLAX-1000, sumber minyak yang kaya dengan omega 3,6 dan 9

Sewaktu berpuasa, elakkan mengambil terlalu banyak makanan bergoreng atau berlemak. Sebaiknya, pilih minyak yang mengandungi omega-3, 6, 9  asid lemak seperti minyak flaxseed.

01

Mengurangkan kolesterol LDL

Bagi mereka yang mengandungi kolestrol LDL yang tinggi, flaxseed dapat mengimbangkan semula kadar kolestrol dengan meningkatkan kolesterol HDL.

 

Kadar kolesterol yang seimbang (Tinggi HDL, dan kurang LDL) dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan strok.

02

Mengurangkan sakit-sakit sendi

Minyak flaxseed boleh mengurangkan asid urik dalam badan menjadi lebih tinggi. Asid urik yang tinggi boleh menyebabkan sakit sendi di lutut, kaki dan jari.

03

Meningkatkan metabolisma badan

Omega 3 dalam minyak flaxseed dapat meningkatkan metabolisma dalam badan dan juga boleh membakar lemak dengan cepat.

Cara pengambilan :

1 biji softgel FLAX-1000 untuk selepas makan kita sahur dan berbuka puasa.